Sunday, May 8, 2011

HAPPY Mother's DAY.....

 Kasih seorang ibu......

 Hajjah Dara Bt Hj Hassan

Happy Mother's Day buat ibu tersayang...Hajjah Dara Bt Hj Hassan. Pengorbanan mak selama ini tak dapat ku balas....Mak lah ' Cinta Hati Ku"....semoga mak dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Kami semua sayang emak....Mak seorang ibu yang bertanggungjawab, penyayang, sporting, penyabar & segala-galanya yang terbaik buat kami....I Love U So Much MAK......

 Cik Am, Shahril ( My hubby), Aku, Angah, MAK, Pak is & Zuma ( menantu mak)

Mak juga sangat BERTUAH kerana mempunyai ANAK ( 4 orang ) & MENANTU ( 2 org)  yang HAPPY & CERIA.  Mak sangat sporting....ikut sahaja kemana anak & menantu bawa. Mak tak banyak karenah.....itu lah MAK. Alhamdulillah dah banyak destinasi yang kami bawa mak....ANTARANYA...


Mak dah sampai ke Switzerland. Bayangkan mak dah berumur 65 tahun masih berpulang ke Titlis mountain. Bertuah sangat mak....syukur alhamdulillah kerana mak masih sihat untuk bermain salji di Switzerland.

Switzerland.....Nov 2010 

Di Masjidil Haram, Madinah

Alhamdulillah...syukur ke hadrat illahi..hajatku untuk bawak mak ke tanah suci mekah tercapai pada tahun lepas Mei 2010. Ini kali kedua aku bersama Mak mengerjakan Umrah bersama-sama.Pertama kali kami ke Umrah masa tu aku belum berkahwin lagi iaitu tahun 2001.  Alhamdulilllah ini kali ke 5 mak & abah mengerjakan Umrah.

 Cik Aida ( kawan angah ), Angah, Cik Am, Abah, Mak, Aku, Irdina ( 4thn) & Shahril

Alhamdulillah kami sekeluarga dapat pergi mengerjakan Umrah bersama-sama. Inilah hadiah paling berharga buat mak & abah dari ku. Abang Is sekeluarga sahaja yang tak dapat pergi kerana kak zuma mengandung ketika itu. Yang pergi Abah, Mak, Angah, Cik Am, Aku, My Hubby & anak ku...Irdina Aqeelah ( 4 tahun ketika itu). Insya'allah panjang umur & ada rezeki kami datang lagi...

 Tokyo Disneyland

Mak pun dah sampai ke Tokyo Disneyland...wow bertuah mak. masa ni tahun 2009. Kami  bawa mak jalan2 di seluruh bandar Tokyo. Jom kita tengok apa mak shopping di Tokyo....
 Mak & Cik Am shopping di Tokyo

 Seronoknya mak shopping designer handbag BURBERRY...aku biarkan aje mak nak beli apa. Asalkan mak happy. Mak jangan risau tentang payment ye. Semua anak2 mak sudi untuk membayarnya. Mak ambik saja apa yang mak berkenan ok....kita tengok destinasi seterusnya yang mak dah pergi.....

  Mak & aku di Eiffel Tower

Kenangan ku bersama mak tersayang di Paris. Seronok betul mak ketika ini. Bayangkan semua orang amat mengidamkan ke Paris...akhirnya mak sampai jua. Kami sayang mak...sebab tu kami suka bawak mak melancong ke sana ke mari untuk melihat negara orang. Bertuahnya mak.....masa ni angah, cik am & zuma (menantu mak) pun pergi sama.

Seronoknya mak dah sampai ke Beijing. Mak angkat tangan sbb mak selalu tengok anak2 mak angkat tangan macam tu setiap kali berposing...hehehehe..sekali sekala mak pun nak posing gaya orang muda. Mak memang suka berposing sejak dari dulu. Kalau tengok album mak...kalah anak2 punye album gambar. Sebab tu anak2 mak pun kuat berposing. Masa ni anak2 mak pun ramai pergi....aku, shahril (my hubby), abang is, cik am & kak minah. Eh,,,,mana abah ye???? Abah memang tak suka melancong kecuali mengerjakan UMRAH. Sebab tu dah 5 kali abah mengerjakan UMRAH. Itulah sahaja destinasi yang abah suka pergi.

Mak & her best friend ~ Kak Minah

Ini gambar mak & kak minah. Kak minah ni pun dah ibarat macam mak kami juga. Kak minah jaga aku adik beradik sejak dari kecil lagi. Sebagai penghargaan & tanda kasih sayang aku pada kak minah....aku juga dah bawa kak minah ke Umrah (2001 & 2004 ),Perth (2007), Sydney (2009), Bandung (2009 ), Beijing (2010) & Gold Coast (2010). Bertuah juga kak minah....kerana menpunyai anak2 sedara yang baik hati nak bawak kak minah berjalan merata dunia. Kak minah lah 'best friend' mak....ada saja cerita yang mereka berbual.

 Mak main ski di Korea

Uish...sporting betul mak...siap main ski lagi kat Korea~Winter sonata. Inilah kali pertama mak jumpa @ tengok salji. sebab tu mak sangat excited.

Fuhhh....letih dah mengupload gambar mak. Sebenarnya banyak lagi destinasi yang aku dah bawa mak pergi. Antaranya Shanghai (2003), Bandung ( 2009), Medan ( yang ni cik am bawa), Bali ( Angah bawa ), Hadyai (2000) dan banyak lagi tempat2 menarik. Ini lah yang dapat adik balas buat mak....alhamdulillah semoga mak tak serik jakan bersama anak2 mak. Kami happy kalau tengok mak tersenyum gembira. Mak memang baik orang nya.







No comments:

Post a Comment