Thursday, December 30, 2010

31 Disember 2010- Last day in year 2010

Hari terakhir 2010....maka berakhirlah kisah ceritaku sepanjang tahun 2010....malam ni nak bawa irdina & aqeel tgk fireworks....a zam 2011 juga mummy akan upgrade kualiti kehidupan untuk Irdina & Aqeel...dari segi education, fund & kasih sayang...I love Daddy, Irdina & Aqeel so much.....

Jom kita flashback sejarah & kenangan 2010....

Wednesday, December 29, 2010

Penghujung 2010.....

Cepat betul masa berlalu...tup tap tup tap..dah nak masuk 2011. Alhamdulillah sebahagian impian & azam ku untuk tahun 2010 tercapai. Antaranya melancong ke beberapa buah destinasi dunia bersama family....

1. 8-12 Mac 2010- Beijing bersama Hubby, Abg Is, Cik Am & Akak Minah.
2. 12-22 Mei 2010- Umrah bersama Mak, Abah, Angah, Cik Am, Hubby & irdina ( my daughter)
3. 23-29 Oktober 2010- Switzerland bersama Hubby,Mak, Abg Is, Zuma, Angah & Cik Am
4. 8-13 Dec 2010 -Gold Coast bersama Hubby, Irdina, Aqeel & Abg Is's family ( zuma, Iqra', Isyra' & Irsyad )

Semoga tahun 2011 akan lebih bermakna buatku & family....Selamat Tinggal 2010...Selamat datang 2011.

Azam tahun baru...2011...

1. Bekerja lebih kuat
2. Penuhkan ASB Hubby & anak2
3. Penuhkan Tabung Haji ( Target mengerjakan haji 2012 bersama Hubby.  Insya'Allah nak bawa Kak 
    Minah sekali)
4. Hantar Uncle Noh & Auntie sah ( keluarga angkat ) mengerjakan UMRAH , insya'allah.
4. Tambahkan asset ( properties)
5. Melancongkan ke luar negara ( Perth, Hong Kong, Rome, Italy, London & New Zealand )
6. Menjayakan lebih ramai biz partner.
7. Beli I pad
8. Beli hadiah yang ' special ' untuk Abah & Mak...(tungguuuuuuuu)
9. dan banyak lagi.....dan lagi..dan lagi...( ada yg rahsia huhuhuhu )

Thursday, December 16, 2010

16 Disember

16 Dec is my first blog yg direka khas oleh suami tercinta. Hari ini baru belajar macamana untuk create blog. so lepas ni jadi ' blogger terhormat; lah...kih3. Selama ni aku hanya melihat blog kawan2....macam menarik jugak...tapi hari ini aku dah ada blog sendiri...jom kengkawan jadi ' my follower'.

Coretan ini ditulis ketika lepak2 ngan husband di Old Town White Coffee di Sri Petaling. Kira dating lah ni sementara nak tgu dinner di Al-Diafah.

Ikuti coretan ku......