Monday, May 20, 2013

Jangan Takut Untuk Berubah!!!!!

Salam to all readers....

Jommm kita sembang2 n buka minda untuk lebih bermotivasi....
 
Jangan takut berubah...itu lah yg Hanim lakukan pada tahun 2007....cuba lakukan sesuatu untuk mencari perubahan hidup. Masa tu baru jer lahirkan my 1st daughter, Irdina. Memang banyak duit diperlukan...nak beli pampers, susu, pakaian , barang dapur dan lain2. Masa tu Hanim masih bekerja sebagai seorang pensyarah, walaupun berpendidikan hingga ke peringkat Master tapi of course lah duduk di Kota metropolitan ni memang serba serbi tak cukup. so kena lalukan perubahan....
 
Bayangkan ye....Hampir setiap tahun kita listkan pelbagai jenis azam or wish list untuk kita lakukan. Adakah kita mencapai nya atau kita sekadar menulis dan biarkan ia pergi begitu saja? Kadang2 kita hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Memang untuk lakukan perubahan itu memang sukar sebenarnya. Kadang2 kita terpengaruh dengan orang-orang negative di sekeliling kita sehingga membantutkan proses kita untuk menuju kearah kejayaan....pada ketika itulah kita menjadi lalang dan kadang2 layang-layang tanpa arah tujuan. Masa berlalu begitu pantas.....


Dalam melakukan perubahan pasti ada cabaran...so kita kena tempuh cabaran itu. Sebenarnya, kalau kita tak buat business, cabaran tetap ada . Sebab itu pada tahun 2007, Hanim nekad untuk berubah. Hanim terus join projek Akademi Taipan 181....memang seronok tambahan bila kita dapat pendapatan sampingan. So kita buat ajer, jangan fikir masalah atau cabaran yang datang...kalau tak de duit,  lagi cabaran besar kan.

Kalau nak berjaya kita perlu terima perubahan..iyelah sebelum buat biz maybe kita tidor kul 9 malam....tapi bila buat biz, kul 10malam masih bersama client. Kalau dulu hujung minggu tengok wayang atau main bowling, tapi sekarang weekend kita jumpa client. Tapi tak pe, semua tu sekejap ajer, lama2 ia jadi satu kebiasaan. Yang penting kita terus buat buat dan buat...pasti berbaloi hasilnya nanti. Percayalah, diam tak diam Hanim dah buat biz ni 7 tahun lebih.

Bila kita dah nekad nak ceburi bidang biz, kita kena terus pecut sejauh yg kita mampu. Jangan berlengah2 atau terhegeh2 sebab nanti resultnya pun terhegeh2, hehehehe. Sbb tu lah kalau kita lihat org kaya2 memang masanya sangat sibuk. Tapi tak pe, biar sibuk sekarang supaya kita senang di kemudian hari...dari kita asyik sibuk tak de duit, tak gitu.


Kalau nak berjaya, kita mesti yakin pada diri kita. Itu faktor paling utama.
Tak pandai takpe. boleh BELAJAR.  Sentiasa upgrade diri from time to time. Berpandangan jauh bukan berpandangan SEMPIT. Lakukan terbaik, kita dapat hasil yang terbaik, Insya'Allah...so just do it okies.


Oklah, nanti kita sembang2 lagi ye...seronok jugak berkongsi kejayaan dengan uolllss ni....


Salam kejayaan....

No comments:

Post a Comment