Wednesday, May 15, 2013

AKU SEORANG PENDIDIK......

 
AKU SEORANG PENDIDIK......(2002-2013 onwords )
 
 
 
 
Tanggal 16 Mei pada setiap tahun merupakan tarikh keramat yang merupakan

tarikh hari guru yang disambut dengan penuh meriah.

Terima kasih kepada para guru yang mendidik anak bangsa, yang mewarnai suasana sekolah dalam menerangi alam kegelapan.

Terima kasih juga buat guru2ku sepanjang 19 tahun pendidikan ku :
 
1983-1988 - Sekolah Raja Perempuan Ipoh, Perak
1989-1994 - Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah, Ipoh Perak
1995-1998- Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA)- Diploma
1999-2001- Universiti Utara Malaysia-Degree
2001-2002- KUITTHO-Master Pendidikan
 
Semoga usahamu yang murni akan melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.......
 
Mengimbas kenangan lalu.....Aku juga seorang pendidik...selepas menamatkan Sarjana Pendidikan di KUITTHO, aku ditempatkan untuk mengajar di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang pada tahun 2002. Sempatlah mengajar disana selama hampir 2 tahun kemudian aku kahwin dan mohon berpindah ke Politeknik Shah Alam dengan alasan mengikut suami. Alhamdulillah, permohonan diluluskan.
 
Sepanjang karier ku sebagai pendidik memang banyak kisah suka dan duka...tapi yg banyak selaki kisah suka lah....kerana aku memang suka melayan karenah student2. Pada ketika itu aku baru sahaja tamat belajar dan belum berkahwin so perangai aku n student lebih kurang sama naik, enjoy memanjang. Student2 pun suka datang ke meja ku , berborak dan kadang2 buat personal coaching untuk subject. Pendek kata, student2 pun suka kat akulah, hehehehe ( perasan). Alhamdulillah, aku tiada masalah dalam mendidik anak bangsa...memang seronok jadi guru jika kita ada PASSION. Sehingga hari ini masih ramai student2 ku yg masih contact dan bertanya khabar dengan diriku. Tambahan pula medium fb sekarang memudahkan hubungan kami. Student2 aku pun semua gila2 remaja. Setiap tahun mesti datang beraya kerumah ku...jommm kita tgk gambo zaman dolu2 aku bersama student2...hehehehe.
 
Hehehehe, ni gambar tahun 2006, masa aku jadi Pensyarah Kelas untuk pelajar2 DPI ( Diploma Perniagaan Antarabangsa). Alahai....aku pun sama jer macam student2...muda remaja. masa ni, kalau student tanya umur, jawapan ku ....biarlah rahsia, sbb lebih kurang sama jer umur kita, hik3
 
Meriahkan.....diorang ni memang suka datang beraya ke rumah lecturer2...kalau tak silap ni tahun 2010.....bagus diorg ni...mengeratkan lagi silaturrahim....semoga ianya berkekalan.....happy go lucky jer diorg ni.....masa ni semua tak kawin lagi....tapi aku dah kawin ler, kih3


Haaaa...ni gambar student2 datang beraya ke rumah ku, tahun 2011. Masa ni dah ada yg kawin...ada yg bawak pasangan...dah beso panjang korang ye....dan jadi ibu dan ayah...tahniah....
 
 
Tengok tu...cepat sungguh masa berlalu...dah kawin pun salah seorang ex-studentku.....tahniah lah ye...semoga semakin hari semakin matang menjalani kehidupan masing2......rindu jugak aku dengan diorg ni...tapi bila majoriti dah kawin...masing2 dah busy dengan family....

Kita sambung cerita......

Hurm....diam x diam sempatlah aku menjadi pendidik hampir 6 tahun....selepas itu aku berhenti dengan memberikannotis 24 jam meletakkan jawatan sebabai seorang pensyarah. Memang sayang nak tinggalkan jawatan sebagai seorang pendidik, tetapi apakan daya, minat dan cenderungku lebih kepada dunia perniagaan. Aku ingin mengubah angin dan juga mengubah kehidupanku, dari mendidik pelajar diploma kali ini aku mendidik usahawan2 yg ingin berjaya dalam mengubah  kehidupan mereka ke arah yg lebih baik. Dan kini aku masih lagi pendidik di Akademi Taipan Malaysia berlokasikan di Taipan, Subang Jaya.
 
Alhamdulillah, di Akademi Taipan Malaysia (ATM) aku telah mendidik ramai usahawan-usahawan yg mahukan ilmu dalam berniaga. Aku sangat berpuasahati kerana banyak kejayaan demi kejayaan yg ditempa oleh anak2 buah didikku. memang darah mendidik itu tak lari dalam jiwaku. kenapa aku boleh mendidik...kerana aku suka melihat kejayaan seseorang individu hasil dari didikan ku......Jommm lihat gambo2  hasil didikan usahawan2 di Akademi Taipan Malaysia pulak.....
 
 Tengok tu...mendidik student2 diploma dan usahawan2 Malaysia, tak jauh bezanya....semuanya happy go lucky jer...termasuklah aku.....go go GREEN.....

Inilah di antara usahawan2 di bawah bimbingan dan didikan ku....bukan senang untuk menjadi seorang pendidik, perlu ada PASSION baru boleh berjaya....tetapi aku suka mendidik kerana aku suka melihat kejayaan......

Dalam memberikan didikan, kita bukan sahaja memberi ilmu tetapi kita juga perlu memberi didikan insaniah dalam membina hubungan...barulah satu pasukan dan kumpulan itu akan berjaya dan bersatu hati......Happy jer semua kan...GO GO OREN.......

Inilah GREAT2 LEADER yg telah dididik, dilatih, dibimbing untuk berjaya...dan akhirnya mereka juga berjaya mendidik usahawan2 lagi yg turut mahukan kejayaan.....Itulah pengorbanan seorang pendidik.......



Di rumah juga, aku tidak ketinggalan mendidik puteri & puteraku...Irdina & Irfan....diam tak diam, Dina dah darjah 1, manakala Irfan sudah menjangkau 4 tahun. Insya'Allah selagi hayat di kandung badan...aku akan terus mendidik anak bangsa, usahawan2 dan anak2 kesayangan ku.....memang kental jiwa seorang pendidik.....
 
Ini gambar masa Mother's Day....i love both of u.....Dina & Irfan.....
 
 
 Kerja Cikgu @ pendidik memang sukar, namun yang penting kita ikhlas untuk membantu membentuk ummah terbaik. Tak semua insan diberi kesempatan dan dipilih menjadi guru, ia amanah yang sangat besar.

Selamat Hari Guru Buat semua guru2.......

No comments:

Post a Comment